Sorting by

×

Kebersihan tapak lokasi penganjuran Hari Malaysia 2022 terus dijaga

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 18 September – Kebersihan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir yang menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Malaysia 2022 terus dijaga sebaik tamat sambutan itu, kelmarin.

Ia bagi memastikan lokasi ikonik negeri dan kawasan tumpuan pelancong itu tidak dicemari dengan pemandangan yang boleh mencacatkan mata.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, sejak pagi lagi, pekerja pembersihan giat membersihkan lokasi sekitar.

Kelihatan, khemah-khemah yang dipasang bagi sambutan Hari Malaysia juga sudah dibuka, sekali gus melancarkan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Difahamkan, biarpun dikunjungi kira-kira 50,000 pengunjung tidak berlaku kes sampah ditinggalkan secara luar biasa oleh pengunjung yang hadir.

Ia sekali gus menggambarkan mentaliti menjaga kebersihan dalam kalangan negara ini dan negeri ini khususnya kini berada di tahap terbaik.

IMG_20220918_182200_230
MELAKA 18 SEPTEMBER 2022. Kerja-kerja membuka kesemua struktur khemah serta pentas sedang giat dilakukan selepas sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Seorang pelancong Maizatul Munerah Ahmed, 37, yang ditemui Melaka Hari Ini memuji aspe penjagaan kebersihan dan landskap di kawasan tersebut.

“Masa mula-mula sampai di sini tadi memang agak terkejut melihat ramai petugas membersihkan sampah-sarap di kawasan sekitar.

“Namun selepas dimaklumkan peniaga bahawa kawasan ini baru selesai dengan sambutan Hari Malaysia, barulah saya tahu dan memang saya puji sikap menjaga kebersihan lebih-lebih Melaka terkenal sebagai destinasi pelancongan.

“Kebiasaan bila sambutan dalam skala besar memang akan mengambil masa untuk proses mengemas dan membersihkannya, namun di sini, ia seakan mudah kerana rata-rata hero tidak didendang ini melakukan tugas dengan baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2105
Kongsi :
Previous post Nelayan hilang dalam insiden bot karam ditemukan lemas
Next post Bayangan jelas PRU15 diadakan dalam tahun ini – Ahmad Maslan
Ubah saiz-+=