Sorting by

×

KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KUALA LINGGI 10 Januari – Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM130,000 bagi program tersebut dan sumbangan telah disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.

Menurut beliau, bantuan yang diberi merangkumi Bantuan Mesra Lampin Pakai Buang Dewasa; Bantuan Mesra Susu Kepada Pesakit Terlantar; Penerima Bantuan Baharu serta Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dan Kad OKU (orang kurang upaya).

“Kerajaan Negeri telah peruntukan sebanyak RM130,000 dan memberi manfaat kepada penerima bantuan yang layak secara berfasa.

“Menerusi program W.R.U.R ini saya percaya dapat membawa impak positif kepada masyarakat khususnya DUN Kuala Linggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Kerajaan Negeri dan Ziarah Kasih Sempena Program W.R.U.R DUN Kuala Linggi di Balai Raya Kampung Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah; Timbalan Exco, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Leng Chau Yen; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Halyjah Muhamad serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata secara keseluruhan bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 juta bagi program bantuan lampin dan susu untuk pesakit terlantar dalam daerah Alor Gajah.

“Berdasarkan statistik JKM daerah Alor Gajah, sebanyak RM27.9 juta telah disalurkan kepada 6,506 penerima pada tahun lalu.

“Manakala bagi DUN Kuala Linggi peruntukan dibelanjakan adalah sebanyak RM3.617 juta yang memberi manfaat kepada 760 penerima terdiri daripada warga emas, OKU, keluarga miskin dan mereka yang memerlukan untuk tempoh yang sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

164
Kongsi :
Previous post AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BAHAYA DI PAHANG, JOHOR HINGGA AHAD, MELAKA TAHAP WASPADA
Next post W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
Ubah saiz-+=