Sorting by

×

Kebajikan pesara, keluarga dan bekas PDRM diberi perhatian

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT BARU 11 Oktober – Kebajikan pesara dan keluarga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa diberi perhatian dan tidak pernah dipinggirkan.

Pengerusi PBLT Sdn Bhd, Tan Sri Mazlan Lazim berkata, pelbagai program kebajikan dinjurkan bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim.

“Kita santuni mereka ini dengan agihkan semula zakat kerana tidak mahu ada yang terpinggir. Menerusi program yang dilaksanakan ia dapat memberi perhatian kepada mereka.

“Selain itu kita sentiasa membantu menjaga kebajikan pesara, balu dan juga anak-anak yang memerlukan,” katanya pada sidang media selepas Program Ehsan dan Ziarah Kasih Ex-PDRM Hang Tuah Jaya dan Duyong, di sini, semalam.

Program dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengerusi Ex-PDRM Hang Tuah Jaya, Yahya Md Shahid dan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Melaka, Datuk Nazari Adzim.

Sementara itu, Mohd Ridhwan berkata, pada majlis itu seramai 75 pesara polis, balu termasuk anak yatim diraikan sebagai mengenangkan jasa anggota yang pernah berkhidmat menjaga keamanan negara.

“Selain menyantuni mereka pada program ini dengan penyampaian sumbangan, kita bersama-sama NGO khususnya MUBARAK dan pertubuhan pesara polis juga akan mengadakan ziarah kasih ke beberapa rumah untuk melawat mereka yang uzur.

“Melalui program ini ia sedikit sebanyak sebagai tanda ingatan dan terima kasih kepada keluarga dan bekas PDRM yang banyak berjasa kepada negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3239
Kongsi :
Previous post UMNO berpendapat PRU-15 boleh diadakan sebelum pertengahan November – Ahmad
Next post Banjir Sabah: 142 mangsa ditempatkan di 4 PPS pagi ini
Ubah saiz-+=