Keahlian Noor Effandi gugur automatik dalam Bersatu
AYER KEROH 5 Okt. – Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad tergugur secara automatik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) susulan tindakannya menyokong pembangkang.
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, keahlian ADUN Telok Mas tergugur secara automatik apabila terbabit dalam gerakan bersama tiga lagi ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Katanya, keputusan itu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti yang memutuskan tindakan Noor Effandi itu bertentangan dengan dasar parti,
“Kalau ikut perlembagaan BERSATU, sama sahaja parti lain yang mana juga pemimpin membuat ketetapan bertentangan dasar parti dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), keahliannya tergugur.
“Tetapi bukan atas memecat, apabila dia bersama PH, itu sudah cukup untuk tergugur secara automatik, bukan dipecat,” katanya dalam sidang media di Ayer Keroh hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...