
Keahlian 3.35 juta, UMNO kekal parti politik Melayu terbesar
KUALA LUMPUR 28 Mac. – UMNO merekodkan jumlah keahlian kira-kira 3.35 juta orang membabitkan 21,883 cawangan di seluruh negara hingga Jumaat lalu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 127,214 orang merupakan ahli baharu yang penyertaannya direkodkan bagi tempoh 9 Mei 2018 hingga 26 Mac lalu.

“Sabah mencatatkan keahlian tertinggi dengan 583,979 ahli, diikuti Johor (451,778), Selangor (421,899) dan Kedah iaitu 300,589 ahli.
“Ini menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia,” katanya ketika membentangkan Penyata Tahunan parti itu 2019/2020 pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.
Beliau turut menyeru supaya barisan kepimpinan dan ahli UMNO aktif memanfaatkan media sosial memandangkan medium itu dijangka mengambil tempat media tradisional sebagai saluran utama penyebaran maklumat pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...