
Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil – Dr Zaliha
KUALA TERENGGANU, 23 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal namun stabil.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.
“Keadaannya (Salahuddin) stabil tapi agak kritikal, kita doakan insya-Allah beliau sihat, pembedahan semalam alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau keadaan beliau di unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
