Keadaan banjir di Johor semakin pulih
JOHOR BAHRU, 14 Jan – Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang ini berbanding 309 orang, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 161 orang, diikuti Muar (98) dan Tangkak (12).
“PPS Balairaya Pogoh Tengah di Segamat ditutup pada 8 pagi tadi dan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah hari ini termasuk di daerah terjejas banjir,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata bagaimanapun Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar masih di paras amaran dan penduduk di lokasi berhampiran diminta supaya sentiasa berwaspada.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT WANITA DITEMUKAN TERAPUNG DI TAIPING
IPOH 16 November - Mayat seorang wanita ditemukan terapung di lombong Tekah Permai, Taiping, dekat sini hari ini. Penolong Pengarah...
HUKUMAN LIMA KADET ALK-UPNM TERBABIT KES BULI DIKETAHUI DUA MINGGU LAGI
KOTA TINGGI 16 November - Keputusan hukuman terhadap lima kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang...
MCORP SEDIA JAYAKAN WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 16 November - Sebagai antara peneraju pembangunan negeri, Perbadanan Melaka (MCORP) mahu memanfaatkan penganjuran World Tourism Day 2025...
MPAG TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN PERBANDARAN
ALOR GAJAH 16 November - Delegasi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor...
SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
TANJUNG BIDARA 16 November - Semangat setiakawan antara kaum wujud sejak zaman kemerdekaan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan dan...
DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
TANJUNG BIDARA 15 November - Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang...