Ke pejabat hanya jika tak boleh BDR- KSN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PUTRAJAYA 22 Mei – Hanya 20 peratus kehadiran yang dibenarkan hadir ke pejabat susulan perlaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang diperkasakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata, bagi pekerja yang dibenarkan hadir perlu melakukan proses pekerjaan yang tidak boleh dilaksanakan sepanjang BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.

Katanya, sepanjang perlaksanaan BDR, perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas talian dan hanya perlu menerusi janjitemu sahaja dibenarkan.

“Ketua jabatan hendaklah melaksanakan arahan ini dengan merancang kehadiran penjawat awam yang diperlukan di pejabat dan BDR.

“Sepanjang tempoh ini, mesyuarat dan perbincangan perlu dilaksanakan dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaannya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu tegasnya, dasar BDR jelas memperincikan aspek- aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

“Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan BDR akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.

Petang tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa perincian dalam PKP 3.0 menerusi sektor ekonomi diperkasakan di negara ini.

Susulan itu, kerajaan mengehadkan 80 peratus pekerja sektor awam perlu menjalani BDR berkuatkuasa Selasa ini selepas diperincikan berbanding hanya 60 peratus menjalani BDR ketika PKP diumumkan 12 Mei lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

485
Kongsi :
Previous post HIDE diaktifkan untuk kesan penularan kawasan berisiko tinggi
Next post ‘Total lockdown’ beri kesan kepada rakyat teruskan hidup
Ubah saiz-+=