Sorting by

×

KBS akan teliti isu kemelut bola sepak Melaka

Masa Membaca:53 Saat

DUYONG 17 Disember – Kemelut membabitkan Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United FC) menjadi antara perkara yang mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil pihak terbabit untuk mencari penyelesaian.

Jelasnya, walaupun pengurusan kelab tersebut di bawah kelolaan pihak swasta, KBS dalam masa terdekat akan membuat pertemuan serampang dua mata.

“Isu kemelut bola sepak melibatkan Melaka United ini belum lagi dibincangkan, tapi antara isu yang mendapat perhatian kami di kementerian.

“Apapun kita akan teliti dahulu isu tersebut. Jadi kita kena dengar dahulu dan cuba dalami masalah, memang kita ada terima aduan.

“Saya percaya kita akan ambil inisiatif yang terbaik dan cuba untuk kita tengok bagaimana dapat membantu dan hal ini bukan sahaja diguna pakai utk pasukan bola atau Melaka United sahaja, tapi semua (sukan) yang mempunyai isu sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Cabaran Kasut Roda Terbuka Melaka 2022 di Stadium Tun Fatimah hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2194
Kongsi :
Previous post Tanah runtuh: Lapan mangsa masih hilang berasal dari Melaka
Next post Kesedaran wanita Melaka cegah kanser semakin tinggi – Kalsom
Ubah saiz-+=