
Kawasan ternakan babi Paya Mengkuang diwartakan – KM
BEMBAN 13 Jan – Kerajaan negeri bersetuju mewartakan kawasan ternakan babi di Paya Mengkuang bagi mengawal penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pewartaan itu melibatkan kesemua 35 kandang ternakan babi di kawasan tersebut dengan kawalan yang lebih ketat.
“Kita dah setuju semalam untuk mewartakan kawasan ternakan tersebut, kampung tak boleh kita wartakan, pusat ternakan sahaja.
“Pewartaan ini melibatkan keseluruhan 35 ladang ternakan babi di situ, kalau ia diwartakan disebabkan bencana dan sebagainya…. jadi kawalan akan lebih ketat supaya wabak itu tidak terus merebak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Bemban Maju Jaya Kali Pertama di Kompleks Japerun Bemban di sini, hari ini.
Ujarnya pewartaaan itu dilakukan bagi tujuan kawalan supaya penyakit ASF itu tidak terus merebak atau berjangkit.
“Kita tiada tempoh pewartaan, ini macam wabak pandemik COVID-19, kalau penyakit ini dah habis, maka ia habis lah.
“Ia pertama kali diwartakan, kita buat bagi tujuan kawalan supaya penyakit ini tidak merebak atau berjangkit dan kita hanya benarkan 45,000 ekor ternakan babi saja,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SUMBANG RM300,000 UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA
BUKIT PALAH 8 Mac - Sejumlah RM300,000 disalurkan Kerajaan Negeri Melaka kepada 30 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) bagi bantuan...
2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI
BUKIT PALAH 8 Mac - Kira-kira 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, pada Majlis Iftar Jamaie...
LORI TANGKI BAWA MUATAN 22,000 LITER PETROL DAN DIESEL TERBALIK, PEMANDU CEDERA
ALOR GAJAH 8 Mac - Seorang pemandu lori tangki membawa muatan petrol dan diesel cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan...
LAPAN LELAKI ‘KANTOI’ PONTENG PUASA DI MELAKA
KLEBANG 8 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan lapan lelaki yang didapati ponteng puasa dengan makan, minum...
BANJIR DI MELAKA PULIH, PPS TERAKHIR DITUTUP 5.45 PETANG TADI
AYER KEROH 8 Mac - Situasi banjir di Melaka pulih apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah petang ini. Sekretariat...
‘DAK NOR’ TERIMA ANUGERAH KASIH WANITA CEKAL
AYER KEROH 8 Mac - 'Dak Nor' atau nama sebenarnya Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio menjadi antara wanita kebanggaan...