Kawasan rekreasi dibangunkan di Semabok Perdana

Masa Membaca:56 Saat

DUYONG 5 Julai- Sebuah kawasan rekreasi baharu dilengkapi pelbagai fasiliti termasuk gimnasium ‘outdoor’ bakal dibangunkan di Semabok Perdana menjelang penhujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata sekali gus membawa khabar gembira kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Katanya, kawasan rekreasi tersebut akan dibangunakan di Kolam Takungan Air Semabok Perdana dan dijangka memulakan pembinaan pada September.

“Pembinaan kawasan rekreasi di kolam takungan itu dan dijangka akan siap dalam tempoh dua bulan iaitu pada bulan September, manakala sebut harga akan dikeluarkan pada hujung bulan ini.

“Kawasan rekreasi tersebut akan dilengkapi dengan fasiliti seperti trek joging, tiga kawasan gazebo untuk berehat, kawasan penjaja dan ‘outdoor gym’,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Tambah Mohd Noor Helmy, lokasi ini akan dijadikan kawasan rekreasi dan riadah untuk penduduk, masyarakat setempat dalam DUN Duyong.

“Saya harap dengan terbinanya kawasan rekreasi ini dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dalam kalangan warga Duyong.

“Pembinaannya akan mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Melaka bagi merealisasikan penubuhan kawasan rekreasi ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1767
Kongsi :
Previous post PRN: Pengagihan kerusi PH, BN selesai – PM Anwar
Next post Kerajaan Negeri nafi beri notis pindah kepada peniaga – Exco Kanan
Ubah saiz-+=