
KAWASAN REKREASI BAHARU TAMAN MASJID TANAH RIA
ALOR GAJAH 28 Oktober – Kawasan rekreasi baharu Taman Masjid Tanah Ria sedang dibina dinaiktaraf bagi memberikan kemudahan yang selesa dan selamat untuk penduduk beriadah bersama keluarga.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata kawasan rekreasi itu ~dibina~ dinaiktaraf di kawasan lapang taman berkenaan yang berkeluasan 0.52 hektar.
“Kita akan menaik taraf kawasan lapang di taman ini menjadi tempat rekreasi yang selesa dan selamat untuk penduduk setempat.
“Kos membina kawasan rekreasi ini berjumlah RM500,000 yang diperuntukkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Kerja-kerja menaik taraf bermula 2 September lalu dan dijangka sipa pada Disember ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya antara kemudahan yang disediakan di kawasan rekreasi itu seperti alatan permainan kanak-kanak, alatan senaman, laluan pejalan kaki, lampu solar taman dan dataran.
“Selepas ini penduduk atau orang ramai boleh singgah di kawasan ini untuk beriadah bersama keluarga terutama pada hujung minggu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...