Kawasan industri baharu di Alor Gajah

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 25 Julai – Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan perindustrian baharu berkeluasan lebih 2,000 hektar di Alor Gajah bagi menarik pelabur asing memilih Melaka sebagai pusat operasi mereka.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, memandangkan negeri ini adalah pilihan terbaik pelabur asing, maka permintaan dan harta tanah untuk mewujudkan perindustrian baharu itu amat terhad.

“Justeru, kita kepimpinan kerajaan negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) mencadangkan 5,000 ekar (2,023 hektar) yang akan dibuat secara berperingkat untuk menggalakkan kemasukan pelabur baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zahari Abd Kalil (UMNO-Durian Tunggal) pada pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Rauf berkata, syarikat Infineon dari Jerman adalah antara penyumbang pelaburan ke negeri ini dan membuka peluang lebih 11,000 peluang pekerjaan.

“Syarikat itu telah memilih Melaka sebagai platform pelaburan mereka, maka kerajaan negeri sedang merangka kawasan perindustrian baharu itu bagi membolehkan pelabur lain menjadikan Melaka sebagai destinasi utama pelaburan mereka ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2250
Kongsi :
Previous post Tapak parkir di dua lokasi elak kesesakan Hospital Melaka
Next post Pasangan suami isteri ditahan, polis rampas dadah bernilai RM2 juta di Ipoh
Ubah saiz-+=