KAWAD KAKI PERKUKUH UKHUWAH KAKITANGAN MAIM

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Atas dasar semangat cintakan tanah air, kira-kira 50 kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) rela berpanas dan bermandi peluh bagi mempersembahkan kawad kaki terbaik pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Melaka, pada 31 Ogos ini.

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, setiap tahun pihaknya tidak pernah ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, pembabitan dalam aktiviti seumpama itu juga mampu memupuk semangat bekerjasama dan patriotik dalam kalangan warga kerja MAIM.

“Tahun ini kontinjen MAIM hanya melibatkan peserta lelaki, bagi memberikan yang terbaik kami memulakan latihan sejak awal bulan lagi.

“Latihan kawad ini diketuai Komandan Mohd Ridzuan Razali, beliau adalah individu diberi tanggungjawab melatih peserta mewakili kontinjen MAIM,” katanya.

Menurutnya, selain menanam rasa cinta terhadap negara, acara perbarisan disertai secara tidak langsung dilihat dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja MAIM.

“Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat, menerusi aktiviti sebegini ia dapat memupuk semangat kemerdekaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

206
Kongsi :
Previous post KAYUHAN SANTAI CARI ‘NIKMAT’ SUASANA KAMPUNG
Next post WAKIL RAKYAT ‘JUTAWAN’ TIKTOK
Ubah saiz-+=