KAUNTER BAYARAN, KHIDMAT PELANGGAN MPAG DIBUKA PADA WAKTU REHAT

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 26 September – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyambut baik saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu semua kaunter perkhidmatan kerajaan di negeri ini dibuka pada waktu rehat.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pihaknya menyahut ketetapan itu dan akan membuka semua kaunter terlibat bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat warga Alor Gajah.

Jelas beliau, antara kaunter terlibat adalah Kaunter Khidmat Pelanggan dan Kaunter Bayaran MPAG, termasuk juga Kaunter Pandu Lalu.

“Mulai 1 Oktober depan, MPAG akan membuka semua kaunter perkhidmatan dan kaunter bayaran seperti biasa dan tidak akan ditutup pada waktu rehat dengan sistem penggiliran.

“Saranan Ketua Menteri ini dapat menambah nilai penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khususnya pelanggan MPAG,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan September 2024 mengarahkan semua kaunter perkhidmatan Kerajaan tidak lagi ditutup pada waktu rehat bertujuan mempermudahkan urusan rakyat di negeri ini.

Jelas Ab Rauf, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan rakyat tidak lagi rakyat ‘disidai’ pada waktu rehat, sedangkan segala urusan itu boleh dilakukan menerusi sistem penggiliran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post PEMBUKAAN SEMULA LTAM BAWA REZEKI KEPADA RAKYAT
Next post HANG TUAH CENTRE DIBUKA SEMULA 1 OKTOBER
Ubah saiz-+=