Kastam rampas minuman keras bernilai lebih RM1.56 juta di Pelabuhan Sepanggar
KOTA KINABALU, 5 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup masuk tiga kontena mengandungi minuman keras bernilai lebih RM1.56 juta termasuk cukai di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Jumaat lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Julaiman Soimin berkata kesemua kontena mengandungi 9,000 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai RM658,000 dan cukai berjumlah RM910,000 itu ditemukan dalam pemeriksaan pada 10.50 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya memperoleh hasil imej imbasan yang meragukan terhadap kontena yang dipercayai dari luar negara itu.
“Modus operandi kes itu didapati mengikrar kontena tersebut sebagai barang dagangan lain bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di pelabuhan berkenaan hari ini.
Menurut Julaiman, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Beliau menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM terdekat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...
TEKNOLOGI DRON REVOLUSI SEKTOR PERTANIAN, JIMATKAN MASA
MERLIMAU 23 Januari - Pelbagai teknologi terkini termasuk dron akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu pesawah di Melaka meningkatkan lagi hasil...
JEJANTAS TUN TEJA JADI ‘LUBUK’ REZEKI
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jejantas Melaka Sentral yang berwajah baharu dan kini dikenali sebagai Jejantas Tun Teja telah membawa...
PEMBEDAHAN ROBOTIK DI MELAKA
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka PEMBEDAHAN robotik...
TIADA KOMPROMI, PPSPM TOLAK RASUAH
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus komited menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak...