Sorting by

×

Kasih isteri tak pernah padam

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BUKIT KATIL 4 Julai – Kasih sayang seorang isteri dianggap sebagai nikmat paling besar bagi Abu Hassan Erang, 64, kini diuji dengan masalah saraf yang menyukarkan pergerakannya selain turut disahkan menghidap penyakit jantung.

Bapa kepada tujuh cahaya mata ini berkata, masalah saraf pada kaki kanan berpunca daripada kemalangan ketika dia memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) tiga tahun lalu.

Menceritakan kejadian itu Abu Hassan berkata, selepas kemalangan dia terus ke hospital bagi melakukan pemeriksaan namun pada awalnya doktor tidak mengesan sebarang kecederaan serius.

“Seminggu kemudian baru saya rasa kesannya dan sekarang terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan. pada tahun 2020 pula saya disahkang menghidap masalah jantung.

“Ketika pulang ke Kampung di Kulai, Johor pada sambutan Aidilfitri yang lalu saya mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Saya ditidurkan di hospital hampir dua minggu, semua keperluan dibantu isteri,” katanya.

Dia berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di kediamannya di Taman Saujana Seksyen 3 di sini, baru-baru ini.

Terdahulu dia dan keluarga menerima kunjungan Badan Sukarelawan At Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sempena Ziarah Kasih dan Santunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Tahun 2024.

Pada ziarah kasih itu Abu Hassan turut menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

80
Kongsi :
Previous post Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Next post Pendidikan agenda utama tranformasi Melaka
Ubah saiz-+=