
Kasih bapa tiada penghujung, Selamat Hari Bapa – PM
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua individu bergelar bapa di seluruh negara.
Sempena sambutan Hari Bapa hari ini, Ismail Sabri yang juga ayah kepada empat anak itu yakin sebagai pemimpin keluarga, setiap mereka yang bergelar bapa akan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.
“Kasih dan sayang seorang bapa adalah sepanjang hayat dan tiada penghujungnya,” kata perdana menteri dalam catatan di Facebooknya.
Beliau percaya setiap bapa akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
“Kepada semua yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. Semoga kita menjadi bapa yang cemerlang,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
