
Kartunis Aie meninggal dunia
KUALA LUMPUR 28 Jun – Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya ‘Áku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia di kediamannya di Banting awal pagi tadi pada usia 49 tahun awal pagi ini.
Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.
“Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas, kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019, sejak COVID-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.
Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri ‘Abe’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues.’ Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta ‘Blues Untuk Aku’.
Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...