Sorting by

×

Karnival Upin dan Ipin sasar 300,000 pengunjung

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 16 Disember – Karnival Upin dan Ipin 2023 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dijangka dihadiri lebih 300,000 pengunjung.

Karnival tiga hari bermula semalam hingga esok menawarkan pelbagai aktiviti dan persembahan luar biasa bertemakan siri-siri fenomena terbitan Les’ Copaque Production seperti Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Antara aktiviti menarik lain adalah persembahan tarian dan nyanyian menampilkan hampir 20 maskot.

Hampir 60 pempamer dan pelbagai permainan menanti pengunjung dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi antaranya gerai Usahawan Mail, Arena Pantun Jagjit, Gaya Intan Payung, DaDuDiDo, Puteri Kerajaan Limau dan banyak lagi.

Turut diadakan cabutan bertuah seperti televisyen 55 inci, permainan video PS5  dan lapan medal eksklusif hanya dijual kepada orang ramai sepanjang penganjuran karnival itu sahaja.

Penganjuran karnival itu turut dimeriahkan dengan Larian bertemakan Upin dan Ipin di mana setiap peserta akan menerima baju dan pingat larian berkonsepkan watak kartun.

Tiket masuk ke karnival tersebut boleh didapati secara dalam talian atau fizikal dengan harga RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10749
Kongsi :
Previous post 422 murid ceria terima sumbangan persekolahan
Next post UTeM ‘top 5’ dalam negara, 106 terbaik dunia
Ubah saiz-+=