Sorting by

×

Karnival Sukan Veteran tonjol bakat ‘orang lama’

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER LIMAU 28 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bakal menganjurkan Karnival Sukan Veteran pada 11 Ogos depan.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, karnival itu akan membabitkan tiga acara sukan seperti bola sepak, bola jaring dan sepak takraw.

Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata secara keseluruhan hampir 500 peserta veteran seluruh Parlimen Masjid Tanah akan menyertai karnival selama sehari itu.

“Kita adakan karnival pada 11 Ogos, di mana menariknya, ia membabitkan penyertaan veteran atau orang-orang lama berusia 40 tahun dan ke atas.

“Untuk bola sepak kita menerima penyertaan enam pasukan dengan jumlah 120 pemain; manakala untuk sukan bola jaring sebanyak 16 pasukan terdiri daripada 200 pemain dan sepak takraw menerima penyertaan 16 pasukan dengan 75 pemain.

“Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM10,000 untuk karnival terbabit yang bertemakan ‘otai masih berbisa’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Lepasan SPM di Kompleks Japerun Ayer Limau, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Hameed berkata, acara sukan pada karnival berkenaan bakal membabitkan tiga lokasi berlainan.

“Tiga lokasi terbabit melibatkan Padang Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar untuk sukan bola sepak; Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Taha untuk sepak takraw dan Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Paya Lebar digunakan untuk bola jaring.

“Objektif karnival ini sudah pasti untuk menggalakkan peserta tidak mengira usia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan selain merapatkan silaturahim,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post MBMB keluar 700 notis larangan buang sampah dalam longkang
Next post KEMAS saring enam guru untuk Tabika Autisme Melaka
Ubah saiz-+=