Sorting by

×

KARNIVAL KPDN 2024 ZON SELATAN REKOD JUALAN LEBIH RM3 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 10 Disember – Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2024 Zon Selatan merekodkan nilai jualan sebanyak RM3,035,728.42 sepanjang tiga hari penganjurannya.

Daripada jumlah itu sebanyak RM317,144.22 direkodkan adalah hasil Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Program Menu Rahmah sebanyak RM180,000 dan Program Jualan Rahmah MADANI RM2,538,584.20.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata nilai jualan itu menunjukkan karnival KPDN berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh, dari 6 hingga 8 Disember lalu, menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Terima kasih KPDN kerana memilih Melaka sebagai penutup karnival, kita harap tahun hadapan KDPN memberi peluang sekali lagi kepada kita untuk penganjuran karnival ini.

“Ditambah pula tahun hadapan Melaka menjadi tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025), jadi karnival ini salah satu acara yang dapat merancakkan lagi WTD2025,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Allex berkata karnival berkenaan turut merekodkan kehadiran seramai 147,214 pengunjung dari pelbagai negeri.

“Sebab itu kita mahu karnival ini diadakan lagi tahun hadapan di Negeri Melaka, impaknya sudah tentu dapat membantu meringankan bebaban kos sara hidup orang ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

133
Kongsi :
Previous post PERKESO RINGANKAN BEBAN BALU SUBRAMANIAM 
Next post TAMBAH KEANGGOTAAN SRS, TINGKAT KESELAMATAN KOMUNITI
Ubah saiz-+=