
Karnival Esport Melaka 2023 Sabtu ini
AYER KEROH 20 Disember – Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Esport Melaka 2023 (MEC2023) diadakan di Pusat Beli Belah Element X pada 22 Disember ini.
Ahli Jawatankuasa Media Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA), Hamza Zakaria berkata, program diadakan itu mampu merakyatkan sukan elektronik kepada dalam kalangan rakyat di negeri ini dan Malaysia amnya.
Katanya, ia sekali gus mampu menarik lebih ramai kemasukan pelancong muda sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Program diadakan pada Sabtu ini menawarkan pelbagai aktviti menarik terutama gerai pameran membabitkan pendedahan sukan esport yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda.
“Malah empat jenis permainan berlainan platfrom turut dipertandingkan seperti ‘Mobile Legends: Bang Bang’ (MLBB), PUBG Mobile, Tekken 7 dan EAFC 24 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.
“Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada semua peminat sukan itu tanpa mengira usia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambahnya, pameran diadakan itu akan mendedahkan pengalaman kepada orang ramai mengenai teknologi terkini dalam dunia permainan e sukan seperti teknologi maya dan simulator permainan perlumbaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...