Sorting by

×

Pelukis karikatur tempatan perlu seiring perkembangan digital – Datuk Lat

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 12 Ogos – Pelukis karikatur tempatan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi pada zaman kini.

Seniman Diraja, Datuk Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Lat’ berkata, langkah itu bagi memastikan karya-karya tempatan tidak pupus.

Jelas kartunis tersohor itu, meskipun bergerak seiring perkembangan teknologi namun pada akhirnya hasil karya tersebut tetap daripada buah fikiran dan ‘hasil tangan’ karikatur tersebut.

“Melihat pada transisi digital ini, karikatur dan kartunis tempatan ketika ini perlu bergerak seiring perkembangan zaman di mana kala ini adalah zaman digital.

“Hasilnya mungkin tidak sama melukis di atas kertas, namun apa pun seni itu bersifat subjektif, bergantung kepada individu itu sendiri.

“Saya percaya pada akhirnya tangan dan buah fikiran kartunis atau karikatur ini sendiri yang akan menggerakkan ‘digital’ dan karya seni itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Karikatur Malaysia di sebuah pusat beli belah, di sini, semalam.

IMG_20230813_000544_441
Suasana Festival Karikatur Malaysia anjuran Tourism Melaka yang diadakan di salah sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ditanya mengenai senario segelintir karikatur menggunakan karya mereka sebagai sindiran, Lat berkata fenomena itu berlaku di seluruh dunia.

Jelasnya, itu cara dan gaya karikatur terbabit mengekspresikan seni, namun tujuan dan objektif mereka tidak wajar dijadikan contoh kerana memberi pandangan negatif terhadap bidang karikatur itu sendiri.

“Senario ini saya lihat berlaku di seluruh dunia, orang ramai beri perhatian pada karikatur yg berunsur sedemikian.

“Karya mereka hebat, cuma pada saya untuk apa dan sebagainya ia bergantung pada tujuan individu, saya harap karya hebat mereka dapat memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3334
Kongsi :
Previous post Mafa buka jalan bangunkan atlet bola sepak wanita
Next post PRN: PH – BN masing-masing kuasai tiga negeri
Ubah saiz-+=