Sorting by

×

KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

DURIAN TUNGGAL 9 Januari – Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal menjadi satu tarikan baharu di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, kapal terbang yang sepatutnya dilupuskan itu telah disumbangkan Malaysia Flying Academy (MFA) untuk dijadikan arca bagi menceriakan lagi bulatan berhampiran tersebut.

“MPHTJ meletakkan kapal terbang yang disumbangkan MFA ini dibulatan Gangsa kerana lokasi ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

“Bila kita letak arca ini (kapal terbang) di sini, mereka (pengunjung) tahu yang mereka berhampiran lapangan terbang,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika melawat kerja-kerja menaik taraf bulatan tersebut, hari ini.

6339219829243887623
KAPAL terbang yang dijadikan arca di Bulatan Seri Bayan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya akan mengecat semula dan mencantikkan replika tersebut untuk menjadikan pesawat tersebut sebagai simbol atau ikon ke kawasan lapangan terbang.

“Terima kasih kepada MFA kerana menyumbangkan kapal terbang dan diharapkan ada lagi sumbangan sebuah kapal terbang untuk diletakkan di bulatan hadapan pintu masuk ke LTAM, Batu Berendam,” katanya.

Terdahulu, Sapiah turut memaklumkan sebahagian Jalan di Bulatan Seri Bayan ditutup sementara daripada jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang (Khamis) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memasang replika kapal terbang MFA.

Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tunku Abdul Rahman (Lapangan Terbang) menuju ke Persimpangan Lebuh SPA boleh melalui pusingan U di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri dan keluar ke arah Gangsa bagi meneruskan perjalanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1059
Kongsi :
Previous post CABUL MURID DI RUMAH HANTU, GURU LELAKI DIREMAN 6 HARI
Next post OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
Ubah saiz-+=