Kapal tangki pendaftaran Tanzania ditahan tiada insurans

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PANTAI KUNDOR 25 Mac – Sebuah kapal tangki yang membawa 23 anak kapal dipercayai tidak mempunyai perlindungan insurans ditahan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya dari Tanjung Keling, di sini semalam.

Kapal tangki itu ditahan oleh sepasukan Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan selepas menerima laporan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang memaklumkan mengenai status kapal terbabit yang belayar tanpa perlindungan insurans kira-kira jam 4.20 petang.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Haris Fadzillah Abdullah berkata, susulan menerima maklumat itu, pihaknya mengesan kapal tangki itu sedang berlabuh di batas pelabuhan Melaka dan melakukan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan didaftarkan di Tanzania, Afrika yang dikendalikan oleh 24 anak kapal warganegara China.

“Semua anak kapal berusia antara 22 hingga 46 tahun itu bagaimanapun memiliki dokumen perjalanan sah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen jaminan insuran sebagaimana kehendak Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim (LLMC) 1976 daripada Pengarah JLM.

“Kapal berkenaan turut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu anggota Maritim menahan kapal serta semua anak kapal berkenaan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Haris Fadzillah meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenyah dan kecemasan laut Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

279
Kongsi :
Previous post Guna duit i-Sinar beli dadah
Next post KRT perlu dorong rakyat daftar vaksin – Sulaiman
Ubah saiz-+=