Sorting by

×

KAPAL TANGKI DITAHAN, BERSAUH TANPA KEBENARAN

Masa Membaca:53 Saat

KLEBANG 28 Februari – Sebuah kapal tangki ditahan selepas didapati bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat daya perairan Klebang, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/Negeri Sembilan, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, kehadiran kapal tangki itu dikesan oleh sepasukan penguatkuasa ketika melaksanakan operasi rondaan.

“Kapal tangki itu didapati bersauh tanpa kebenaran atau mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan kami turut mendapati bahawa buku pelaut kru kapal telah tamat tempoh, susulan itu kapal berkenaan ditahan kira-kira jam 1 pagi,” katanya.

Menurutnya, nakhoda dan jurutera kapal yang juga warga Indonesia dibawa ke jeti maritim oleh penguatkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya didapati bersalah.

“Maritim Malaysia juga menasihatkan kepada semua ejen kapal dan juga komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain akan terus mempergiat usaha bagi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post PSMJ 2035 PACU MELAKA JADI NEGERI BERDAYA SAING
Next post ‘TIANG PINTAR’ MPAG CAKNA KESELAMATAN ORANG AWAM DI TAMAN REKREASI