Sorting by

×

Kantoi curi ekzos demi emas putih

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 2 Dis. – Seorang lepasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal antara tujuh individu dipercayai bergiat aktif mencuri tabung ekzos kenderaan telah dihidu pihak berkuasa dalam beberapa serbuan dijalankan, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Shahrul Lalli Masduki berkata, kumpulan dikenali sebagai ‘Geng Emas Putih’ telah berjaya diberkas polis dalam serbuan berasingan sekitar Daerah Melaka Tengah pada 18 hingga 25 November lalu.

Menurutnya, tangkapan ke atas individu lelaki berusia dari 19 hingga 42 tahun telah diberkas termasuk salah seorang darinya bertindak sebagai pembeli untuk diraih kepada ‘orang tengah’.

“Hasil siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menemui 65 tabung ekzos yang dicuri manakala, menurut laporan polis yang diterima, 30 unit daripada jumlah tersebut dikesan telah dicuri dan 35 unit yang lain masih dalam siasatan

HABLUR hasil daripada tabung ekzos yang akan diproses menjadi emas putih.

“Kumpulan yang terlibat ini akan menjual kepada pembeli sebelum diraih pihak ketiga yang merupakan ‘orang tengah’ dalam jenayah ini dan ia akan dileburkan bagi mendapatkan emas putih yang terkandung dalam tabung ekzos berkenaan.

“Siasatan yang dibuat mendapati tabung ekzos yang dicuri akan diproses untuk hasilkan emas putih dan proses ini dipercayai dilakukan di luar negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, modus operandi jenayah yang dilakukan terbabit menyasarkan kepada kenderaan berkuasa tinggi seperti Naza Ria yang diparkir di luar kawasan berpagar.

“Bagaimanapun kita akan menyiasat sama ada jenayah yang terlibat ini ada kaitan dengan kes yang sama berlaku di Gombak,”katanya.

Kesemua susperk direman sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Views:

2628
Kongsi :
Previous post Elemen multitugas tingkat kemahiran pelajar
Next post Kes jenayah babitkan pelajar sekolah di Johor membimbangkan
Ubah saiz-+=