![Whatsapp Image 2024 07 30 At 12.14.21 Pm](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2024/07/WhatsApp-Image-2024-07-30-at-12.14.21-PM.jpeg?v=1722312938)
Kandungan Whatsapp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu – MOF
Masa Membaca:30 Saat
KUALA LUMPUR 30 Julai – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi Whatsapp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.
Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.
“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
353