Kandang terbakar: 25 ekor kambing rentung
KEPALA BATAS 28 Feb. – Seorang penternak kambing kerugian puluhan ribu ringgit selepas 25 ekor kambing rentung dalam kebakaran sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.18 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik bomba tiba, didapati sebuah kandang kambing binaan kayu berkeluasan kira-kira 84 meter persegi sedang marak terbakar dengan 90 peratus strukturnya telah musnah serta 25 ekor kambing yang berada di situ turut hangus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada pemilik kandang itu, kebakaran dipercayai bermula daripada pembakaran najis kambing di bawah kandang tersebut pada sebelah petang sebelum api merebak sehingga membakar kandang.
Api berjaya dikawal dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) pada 10.40 malam dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian, menurut jurucakap itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
DURIAN TUNGGAL 21 Disember - Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan...
PRODUK DESA MELAKA PERLU TEROKA INDUSTRI HALAL
AYER KEROH 21 Disember - Usahawan kecil di kawasan luar bandar perlu meneroka pasaran halal yang kini semakin berkembang pesat,...
MELAKA SEDIA PERKASA PELANCONGAN HALAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka bakal dikenali sebagai destinasi pelancongan halal dunia dengan memperkasakan kepelbagaian produk halal bukan sahaja...
NELAYAN UCAP TERIMA KASIH
TANJUNG BIDARA 21 Disember - Pembayaran sagu hati ex-gratia kepada nelayan yang terkesan susulan pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP)...
PERSATUAN FISIOTERAPI MUCM DEKATI KOMUNITI MELAKA
AYER KEROH 21 Disember - Langkah proaktif Manipal University College Malaysia (MUCM) mewujudkan MUCM Physiotherapy Student Association (MUPA) secara tidak...
MIHF’24: LEBIH YAKIN BELI PRODUK HALAL
AYER KEROH 21 Disember - Penganjuran Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan produk-produk...