Sorting by

×

Kanak-kanak pesakit leukimia capai impian naik MPV meninggal dunia

Masa Membaca:59 Saat

KEPALA BATAS 22 Feb. – Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga di sini.

Pesakit leukimia, Allahyarham Mohamad Ammar Dhani ceria dipangku Noorzainy ketika dibawa bersiar-siar menaiki MPV pada 22 Januari lalu. Foto kredit The Star.

“Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira pukul 10 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 22 Januari lalu, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Noorzainy.

Kanak-kanak itu yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

933
Kongsi :
Previous post Alunan ayat suci al-Quran sambut ketibaan calon SPM 2020
Next post Doa ayah dari pagar sekolah
Ubah saiz-+=