
Kanak-kanak perempuan terkunci dalam kereta diselamatkan
PAYA RUMPUT 12 Jun – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap lebih 15 minit dalam kereta di Taman Paya Rumput Indah di sini, pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, PBK II Suhaimi Atan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba, anggota bomba mendapati kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta dan pintu kereta berkenaan terkunci.
“Ibu bapa kanak-kanak tersebut memaklumkan kedua-dua mereka ada di rumah dan hendak keluar rumah.
“Pintu itu terkunci ketika anak mereka sedang berada di dalam kereta tersebut.
“Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan dalam tempoh 16 minit dan operasi tamat pada jam 8.55 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...