
Kanak-kanak perempuan cedera jatuh dari tingkat empat
Ketua Bomba Zon Langkawi Mohd Fadzlullah Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 8.23 pagi.
“Sebaik anggota tiba di lokasi, didapati mangsa seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat empat bangunan. Anggota bertugas terus memberi rawatan awal kepada mangsa.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kemudian dibawa ke Hospital Langkawi dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata ketika kejadian bapa mangsa mendakwa dia dan keluarga sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAMADAN: MELAKA SARAN UTAMAKAN IMAM TEMPATAN
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Masjid dan surau di Melaka disaran menggunakan khidmat imam tempatan untuk solat jemaah dan tarawih...
TERPESONA SUASANA KAMPUNG DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 2 Mac - Peserta Lestari Run Machap Jaya 2025 mahu penganjuran itu dijadikan sebagai acara tahunan selepas terpesona...
SENARAI PASAR RAMADAN, BAZAR AIDILFITRI DI MELAKA 2025
BERIKUT disenaraikan pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh Negeri Melaka pada tahun 2025 mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): ...
9 PASAR TANI PRA SYAWAL DI MELAKA MENJELANG AIDILFITRI
LENDU 2 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka akan membuka sebanyak sembilan Pasar Tani Pra Syawal di...
UTEM IPT PENERAJU TENAGA LESTARI
DURIAN TUNGGAL 2 Mac - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mencipta kejayaan dalam pengurusan tenaga lestari apabila merangkul Anugerah...
JELAJAH BAITULMAL MAIM IMARAH MASJID MENJELANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 1 Mac - Bersempena bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengadakan Program Jelajah Baitulmal bagi mengimarahkan masjid...