
Kanak-kanak lelaki maut, lima cedera akibat kebakaran
KUANTAN, 28 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran dua rumah jenis Semi-D setingkat di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki, dua wanita serta seorang bayi perempuan berusia lapan bulan.
“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.15 pagi dan kebakaran melibatkan rumah jenis Semi-D dengan sebuah daripadanya terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 90 peratus.
“Turut terjejas dalam kebakaran itu ialah tiga kenderaan dengan satu daripadanya hangus sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail berkata dua jentera bomba dan sebuah lori tangki air bersama-sama kekuatan 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan serta Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...