
KANAK-KANAK HILANG JUMAAT LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.
“Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.
“Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...