Kanak-kanak empat tahun maut jatuh kondominium
KUALA LUMPUR, 16 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata polis menerima laporan mengenai kejadian di Blok B, Kondominium PV10 itu kira-kira 2 pagi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dikatakan tidur bersendirian dan ibunya tiada di rumah, manakala penghuni lain di kediaman itu tidur di bilik masing-masing dan tidak mengetahui kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi ‘Hotline’ Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ashari menasihati orang ramai terutama ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan, kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...