
Kanak-kanak 17 bulan maut dipatuk ular
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama sambil ditemani ibunya.
“Tiba-tiba ibu mangsa mendengar jeritan anaknya lalu melihat ada seekor ular menyusuri keluar ke dalam lubang di bilik tersebut.
“Ibu mangsa terus membuat pemeriksaan terhadap anaknya itu dan mendapati terdapat kesan patukan ular di tapak tangan kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu terus dikejarkan ke Hospital Rembau oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia pada 1 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...