Kampung Siaga diperluaskan beri kesedaran kecemasan banjir

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

GADEK 12 Mac – Program Kampung Siaga akan diperluaskan di negeri ini bagi memberi pendedahan kepada rakyat berkaitan perkara asas kecemasan ketika banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, Kampung Siaga atau dikenali sebagai Program Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti akan diperluaskan di setiap Parlimen di Melaka

Menurutnya, program itu akan memberi pendedahan berkaitan fungsi dan peranan APM semasa bencana, asas pertolongan cemas dan pencegahan kebakaran.

“Program ini akan menumpukan di setiap lokasi titik panas banjir membabitkan di setiap Parlimen di Melaka dengan penyertaan penduduk setempat.

“Pelbagai pendedahan asas akan diberikan kepada penduduk seperi latihan prosedur kecemasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), pencegahan tercekik (choking) dan teknik asas balutan kecemasan.

“Untuk Melaka, Parlimen Alor Gajah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dipilih sebagai lokasi pertama program ini dan ia akan diteruskan di Parlimen lain tahun ini,” katanya.

2CABC4BA-302C-4696-BE2E-C8972CEB4571
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim mengadakan sidang akhbar selepas Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti di Balai Raya Kampung Gadek, Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti Di Kawasan Dun Gadek diadakan di Balai Raya Kampung Gadek, di sini hari ini.

Program diadakan itu telah dirasmikan oleh Adun kawasan itu, VP Shanmugam.

Dalam pada itu, Shanmugam berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada APM Melaka kerana memilih DUN itu sebagai lokasi pertama bagi mendidik masyarakat berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan program diadakan seperti itu sekali gus mampu mencegah segala insiden kecemasan yang berlaku dengan ilmu asas yang didedahkan.

“Dengan ilmu yang diberikan maka rakyat mampu bersedia berdepan situasi kecemasan membantu jiran tetangga dengan latihan diberikan dan ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan pertolongan ketika kecemasan.

“Tahniah kepada APM Melaka kerana jasa mereka amat kita sanjungi dan ini wajar diteruskan di negeri ini membabitkan kawasan-kawasan yang lain,” katanya.

Terdahulu dalam program diadakan itu seramai 60 masyarakat Gadek telah menyertai pendedahan diadakan kali ini membabitkan pelbagai peringkat usia terutama golongan muda di kawasan itu.

Program berlangsung selama setengah hari dibantu oleh kakitangan APM terlibat dan diakhiri dengan sesi penyampaian sijil disampaikan Shanmugam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2419
Kongsi :
Previous post Kompleks Perahu Layar dinaik taraf, beri tumpuan SUKMA
Next post 3,200 pengunjung meriahkan Raptor Watch 2023 di Tanjung Tuan
Ubah saiz-+=