
Kampung Pulau semakin indah
TANJUNG BIDARA 5 April – Selain memudahkan pelawat daripada luar Melaka mencari arah, mercu tanda baharu Kampung Pulau yang siap dibina secara tidak langsung mengindahkan dan menceriakan persekitaran perkampungan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rekaan mercu tanda yang unik itu secara tidak langsung dapat dapat memperkenalkan kampung berkenaan yang dihuni 365 keluarga, kepada penduduk negeri ini dan pelawat daripada luar.
“Sudah lama kampung ini tiada mercu tanda yang baharu, sebelum ini hanya papan tanda yang sudah usang, jadi saya ambil pendekatan untuk sumbang mercu tanda ini.
“Selain dapat mencantikkan lagi suasana kampung, sudah tentu ia dapat memudahkan penduduk atau orang luar yang ingin datang ke kampung ini mencari arah,” katanya selepas merasmikan mercu tanda berkenaan 1 April lalu.
Ab Rauf berkata, mercu tanda berkenaan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...