
‘Kampung indah, hidup harmoni’
TELOK MAS 23 Julai – Aspek kebersihan menjadi antara agenda yang dititikberatkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengambil inisiatif turun padang bagi menyertai masyarakat melakukan gotong-royong di kampung-kampung.
Menerusi pendekatan kepimpinan melalui tauladan itu, ia juga dapat menyemai sikap menjaga kebersihan dalam kalangan penduduk DUN berkenaan.
“Meluangkan masa di pagi hujung minggu dengan menyertai penduduk Kampung Alai mengadakan Gotong-Royong Perdana Alai.
“Selain daripada memastikan kawasan kampung bersih dan selamat, program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung.
“Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti kampung-kampung lain. “Kampung Indah, Hidup Harmoni,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
LEBIH 2,000 PENCINTA ALAM SAKSI KEHADIRAN BURUNG HIJRAH
KUALA LINGGI 9 Mac - Lebih 2,000 pencinta alam tempatan dan luar negara berhimpun pada Program Raptor Watch Tanjung Tuan...