Kampung Chenderah mula dinaiki air, JAPERUN Rim siap siaga bantu penduduk terjejas
RIM 7 Mac – Susulan hujan lebat yang berlaku sejak petang tadi, Kampung Chenderah, di sini, mula dinaiki air.
Menerusi perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, paras air di beberapa batang sungai dan tali air dilihat hampir melimpah, selain terdapat beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.
Beliau yang mesra dengan panggilan Dira berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bersedia dengan proses pemindahan penduduk di kawasan terjejas.
“Kepada rakan RIM yang memerlukan bantuan, boleh hubungi 0136226404 (Hj. Sabaruddin) atau 0122923025 (Ismanizam).
“Kami di Japerun RIM sentiasa bersedia untuk turun membantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...
PEMILIK SALON DITAHAN HISAP KEMALUAN REMAJA
AYER KEROH 20 Januari - Seorang jurusolek ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap kemaluan seorang remaja lelaki...
OPERASI SAR DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN DITAMATKAN
TELOK MAS 20 Januari - Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan yang hilang sejak 16 Januari lalu di perairan...
WIFI PERCUMA DI DUA MASJID
ASAHAN 20 Januari - WiFi percuma Negeri Melaka akan disediakan di Masjid Al-Aminin Sungai Tuang dan Masjid As-Safwan Kampung Telok...