Kaligrafi Peribahasa Cina dari Melaka pecah rekod negara
AYER KEROH 17 Jun – Kaligrafi peribahasa Cina yang dihasilkan sekumpulan sukarelawan pada Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023 di Ayer Keroh diiktiraf ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR).
Perunding Rekod Kanan The MBOR, Edwin Yeoh memaklumkan, kaligrafi yang membawa maksud semangat, adil dan kuat tersebut berjaya memecahkan rekod kaligrafi terbesar dan terpanjang di negara ini.
“Kaligrafi peribahasa cina bagi rekod sebelum ini berasal dari Klang, Selangor dengan ukuran 100 kaki dan 22 kaki kelebaran sahaja.
“Namun kaligrafi peribahasa Cina yang dihasilkan ini berukuran 200 kaki panjang dengan kelebaran 32.2 kaki.
“Ini merupakan kaligrafi peribahasa Cina yang terbesar di Malaysia dan satu kebanggaan buat Melaka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023 di sebuah restoran di Taman Muzaffar Shah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Edwin berkata kriteria untuk memecahkan sesuatu rekod perlu melebihi 20 peratus dari rekod yang sebelumnya.
“Jika selepas ini ada pihak yang mahu memecahkan rekod kaligrafi peribahasa Cina baharu, ia perlu melebihi 250 kaki panjang dan lebih 30 kaki kelebaran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN NEGERI PEDULI, CAKNA KEPAYAHAN GOLONGAN SASAR
SERI BENDAHARA 13 Disember - Berkongsi rezeki dan menceriakan golongan kurang berkemampuan terutama setiap kali menjelang sambutan perayaan utama menjadi...
ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET
ASAHAN 13 Disember - Profesion atau kemahiran dalam bidang pembersihan dicadang untuk diangkat sebagai satu daripada cabang dalam Pendidikan dan...
SUMBANGAN BAWA SENYUMAN – KM
SERI BENDAHARA 13 Disember - Sumbangan dihulurkan Kerajaan Negeri, membawa senyuman dan bakal memeriahkan lagi sambutan Hari Natal buat 200...
SYARIKAT ITALI KEDUA PILIH MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN
JASIN 13 Disember - Melaka terbukti sebagai sebuah destinasi mesra pelaburan apabila EDA Malaysia Industries Sdn Bhd berpangkalan di Itali,...
48 PASUKAN FUTSAL BAKAL BERENTAP, REBUT PIALA YDP MPHTJ
AYER KEROH 13 Disember - Kejohanan Futsal Piala YDP MPHTJ sempena Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 bakal menyaksikan 48 pasukan berentap...
PTPTN MELAKA TAJA 100 PELAJAR ASNAF, ANAK YATIM BUKA AKAUN SSPN PRIME
AYER KEROH 13 Disember - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Melaka terus cakna terhadap pendidikan anak-anak kurang bernasib di...