Sorting by

×

KALENDAR PELANCONGAN MELAKA SEMAKIN RANCAK BERMULA JUN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 17 April – Lebih banyak program pelancongan berskala besar dan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan bermula Jun ini, sekali gus mewarnai Tahun Melawat Melaka serta Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025).

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Nasrul Ahmad berkata, bagi Jun sahaja pihaknya merancang lebih lapan program pelancongan yang antaranya adalah Konsert Selamat Tinggal Patahati pada 7 Jun; Melaka Culinary Challenge 2025 pada 19 hingga 21 Jun serta Melaka International Dragon Boat Festival pada 20 hingga 22 Jun.

Menurutnya, turut dijadualkan berlangsung pada Jun adalah Festival Sungai Melaka 2025 dari 20 hingga 29 Jun; Pesta Kopi dan Kamu dari 27 hingga 29 Jun; Melaka Rainforest Festival 2025 dari 27 hingga 29 Jun; Fiesta San Pedro 2025 dari 26 hingga 29 Jun dan Agro Fest Melaka 2025 dari 27 hingga 29 Jun.

“Sepanjang April dan Mei kita beri laluan kepada penganjuran sambutan rumah terbuka Aidilfitri oleh pemimpin negeri, tetapi bukan bermakna tidak ada program pelancongan dilaksanakan, kita tidak berhenti.

“Setakat ini mengikut kalender pelancongan negeri, untuk bulan April, acara terdekat adalah Lions Convention 2025 yang akan berlangsung pada 24 hingga 27 April nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di Padang Bola Taman Seri Telok Mas, di sini, baru-baru ini.

Nasrul berkata, sementara itu untuk Mei pula, antara acara dirancang adalah Wesak Day Procession pada 11 Mei; Festival Sant Sohan Sigh Ji Barsi dari 22 hingga 25 Mei; Distinguished Gentlement’s Ride dari 23 hingga 25 Mei dan Dumpling Festival pada 29 Mei.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post WAKIL SEKOLAH, IPT DIPELAWA UNTUK MERIAHKAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA
Next post AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL