
‘Kalau betul PAS sokong, saya ucap terima kasih’ – Sulaiman
SERI BENDAHARA – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PAS yang menyuarakan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ia susulan tularnya satu video daripada ahli PAS yang menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Lendu.
Sulaiman berkata, rata-rata ahli PAS di kampung kelahirannya itu merupakan kawan baiknya sendiri selain bersama satu jemaah di masjid dan surau.
Kalau seperti mana diumumkan (PAS sokong), syukur Alhamdulillah, terserah kepada mereka, kerana sebelum ini, ketika saya wakil rakyat dan tidak berjawatan sekalipun saya akan membantu semua tanpa mengira dari parti mana.
“Hak seseorang itu jika perlu dibantu, saya akan bantu kerana ia soal kemanusiaan, bukan hanya sebab pilihan raya sahaja.
“Jadi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan jemaah yang menyuarakan hasrat menyokong saya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di kediaman rasmi Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...

