Sorting by

×

‘Kalau ada bukti, sila bawa untuk disiasat’ – Hishammuddin

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

JASIN 14 November – “Kalau nak berpolitik pun janganlah sampai sanggup buat tuduhan, jika ada bukti bawa kepada agensi berkenaan untuk disiasat”.

Itu tegas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa anggota tentera terbabit dengan pengundian awal di Bera, Pahang, selain dibayar RM300.

Beliau yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tuduhan itu hanyalah mainan politik setiap kali tibanya musim pilihan raya bagi mengelirukan rakyat terhadap BN.

“Dulu dia (Anwar) kata ada bukti tetapi sampai hari ini tiada bukti, kalau ada bukti bawa kepada agensi berkenaan untuk siasat, saya tiada masalah.

“Itulah bila dekat pilihan raya ini mereka boleh buat macam-macam tuduhan, pilihan raya terdahulu pun sama kata ada bukti bertong-tong tetapi lepas pilihan raya satu benda pun tak nampak.

“Jadi saya tengok politik sebegini rupa akhirnya orang dapat menilai sendiri sama ada apa yang mereka cakap ini mereka serius atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Kanan Pertahanan merangkap Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) dan Calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad di Dewan Alamanda Jasin, di sini, hari ini

photo1668403995
Menteri Kanan Pertahanan merangkap Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) diiringi Calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad (kiri) berswafoto bersama jentera BN ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Kanan Pertahanan merangkap Bendahari Agung Barisan Nasional di Dewan Alamanda Jasin. Foto: MR. AZLI

Hadir sama Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abdul Rahman; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang; Ketua MCA Bahagian Jasin, Datuk Koh Chin Han; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim; Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2779
Kongsi :
Previous post ‘Toleh ke belakang, lihat apa gadaian kita selama ini’ – Hishammuddin
Next post ‘Hadiah’ terakhir pemandu lori
Ubah saiz-+=