Sorting by

×

Kakitangan PPSPM terima ‘duit raya’ RM500

Masa Membaca:46 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April- Seramai 130 warga kerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menerima insentif Aidilfitri sebanyak RM500.

Timbalan Pengerusi PPSPM, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pemberian insentif itu
dapat meringankan beban warga kerja perbadanan itu dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti.

Katanya, beliau turut mengharapkan insentif itu dapat menyuntik semangat dan meningkatkan produktiviti warga kerja PPSPM.

“Saya ada berita baik untuk semua kakitangan PPSPM hari ini, sebanyak RM500 akan dikreditkan kepada semua warga kerja untuk Hari Raya Aidilfitri sebelum 3 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang PPSPM di Hotel La Crista, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari, Ketua Pegawai Eksekutiff Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin dan kenamaan lain.

Dalam majlis itu, seramai lapan pekerja PPSPM menerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2021.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

932
Kongsi :
Previous post Kawasan R&R dibuka 24 jam setiap hari sepanjang musim perayaan
Next post Deklarasi wartawan bakal diumum pada HAWANA 2022
Ubah saiz-+=