Kak Som ziarah ibu hilang dua anak menjelang Syawal

Masa Membaca:52 Saat

PANTAI KUNDOR 14 April – Pemergian dua anak tatkala menjelang hari kemenangan umat Islam sudah tentu perit bagi Aslina Abu, 48.

Aslina merupakan ibu kepada Allahyarham Muhammad Amin Fakhrullah Mohd Faiez, 19, yang maut akibat kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Minyak-Bukit Rambai sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Menurut Aslina, dua tahun lalu, dia terlebih dahulu diuji dengan kehilangan anak keenamnya yang juga disebabkan kemalangan jalan raya didakwa akibat kecuaian orang lain.

Dia bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi, namun berharap kematian anaknya itu mendapat pembelaan.

“Mungkin orang boleh cakap sabar, tapi saya yang melaluinya dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya kehilangan anak dikala nak sambut raya,” kata Aslina.

Terdahulu, dia diziarahi Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin.

Pada sesi ziarah kasih Aidilfitri itu, Kalsom telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada Aslina.

Kalsom yang mesra dipanggil Kak Som turut memberikan kata-kata semangat kepada Aslina dan mendoakan agar roh kedua-dua anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

237
Kongsi :
Previous post Teratak 100 tahun medan pertemuan 400 ahli keluarga
Next post King Oyen segak berbaju melayu ‘royal blue’
Ubah saiz-+=