Sorting by

×

Kak Som mahu perkasa wanita, kaum ibu Pengkalan Batu

Masa Membaca:3 Minit, 3 Saat

PENGKALAN BATU 27 Disember – Penganjuran pelbagai inisiatif dan program pembangunan wanita akan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu akan dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.

Ia bagi memastikan wanita khususnya kaum ibu dan suri rumah tidak terpinggir dalam arus pembangunan malah turut sama dalam pembangunan sosio-ekonomi kerana golongan ini semakin cekap dan mempunyai wibawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, selepas memberi perhatian dalam beberapa antarnya pembersihan dan menangani banjir di kawasan DUN itu, pada tahun hadapan pihaknya akan memfokuskan pula pembangunan kaum wanita.

Beliau berkata, ini kerana beliau inginkan golongan wanita turut bersama-sama dalam pembangunan di kawasan DUN Pengkalan Batu selain turut serta menjayakan program yang bakal diadakan.

“Tahun pertama kita sudah memberi perhatian kepada aspek pembersihan, prasarana serta mengatasi banjir dan untuk tahun kedua nanti antara aspek utama akan diberi perhatian adalah pembangunan kaum wanita yang akan membabitkan beberapa program termasuk mengadakan bengkel khas dan usahawan.

“Melalui program yang dianjurkan kita juga akan mengadakan bengkel-bengkel usahawan dalam membantu mereka untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan yang sudah dimulakan.

“Banyak sebenarnya program yang boleh dilakukan. Saya juga ada lihat usaha badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kaum wanita contohnya dengan pemberian alatan seperti ketuhar dan ini boleh saya praktikkan juga dalam usaha pembangunan kaum wanita DUN Pengkalan Batu,” katanya.

2
KALSOM menyampaikan sumbangan katil kepada penerima memerlukan di DUN Pengkalan Batu.

PUSAT JAGAAN PESAKIT TERLANTAR

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri berkata, di DUN Pengkalan Batu juga akan dibangunkan sebuah penempatan untuk menempatkan pesakit terlantar yang tiada waris.

“Untuk Melaka kita tiada institusi atau rumah jagaan untuk pesakit terlantar ini dan saranan ini sudah dibincangkan di Dewan Undangan Negeri baru-baru serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali juga sudah meluluskannya.

“Kita akan mencari lokasi yang sesuai di sekitar DUN untuk membina penempatan ini yang mana apabila siap nanti akan menempatkan pesakit terlantar yang berusia dibawah 60 tahun,” katanya.

Katanya, bagi merealisasikan pembangunan penempatan itu nanti, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk melihat serta memperincikan pembangunan projek yang bakal dilaksanakan.

3
KALSOM ketika menziarahi kediaman mangsa ribut, baru-baru ini.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN, REKREASI

Sementara itu, beliau berkata, turut diberi perhatian adalah aspek kebajikan apabila sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) yang dianggarkan menelan belanja RM6.5 juta akan dibangunkan.

“Cadangan yang dibawa untuk pembinaan SRA sudah diluluskan dengan peruntukan RM6.5 juta untuk dibangunkan.

“Dengan adanya sekolah itu nanti ia akan menampung keperluan khususnya murid di kawasan ini kerana untuk DUN Pengkalan Batu kita hanya ada sebuah sekolah sahaja kini,” katanya.

Ujarnya lagi, bagi mendekati dan menyelami pemasalahan penduduk di kawasan itu juga, hari bertemu rakyat setiap Jumaat terus diteruskan dengan setiap penduduk boleh tampil meluahkan pemasalahan dihadapi.

“Selain itu bagi kemudahan penduduk untuk menjalankan rekreasi dan menjalankan aktiviti kita turut merancang pembinaan pusat ilmu, pusat belia serta Taman Rekreasi Cempaka,” katanya.

5
KALSOM

BIODATA

Nama: Datuk Kalsom Noordin
Umur: 69

Karier:-
– Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan (2021 – kini)
– Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu (2021 – kini)
– Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka

Politik:-
– Setiausaha Wanita UMNO Negeri Melaka (2018 – kini)
– Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya (2013 – kini)

INFO DUN PENGKALAN BATU

Jumlah penduduk : 31,279

Kampung : 10
Taman Perumahan : 28
Balai raya : 13

Rumah Ibadat:-
Masjid: 4
Surau: 22
Tokong: 2
Gereja: 2

Institusi Pendidikan:-
Sekolah Kebangsaan: 1
Sekolah Menengah: 2
Sekolah Rendah Agama JAIM: 3
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: 1

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2237
Kongsi :
Previous post Veteran, anggota ATM terjejas banjir akan terima bantuan
Next post Kanak-kanak empat tahun meninggal dunia dipercayai didera
Ubah saiz-+=