Sorting by

×

KAJIAN TERPERINCI ATASI BANJIR DI KAWASAN RENDAH

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MERLIMAU 15 Oktober – Kajian terperinci akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mencari penyelesaian dan mengelakkan bencana banjir berulang khususnya membabitkan penempatan di kawasan rendah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kajian terperinci itu amat perlu sebagai persediaan bagi mendepani ketidaktentuan cuaca pada masa kini yang turut menpengaruhi landskap kehidupan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, akibat ketidaktentuan cuaca yang berlaku banyak lokasi yang sebelum ini jarang dilanda bencana itu terjejas teruk akibat kejadian banjir besar yang tidak diduga.

“Pastinya kita akan melaksanakan kajian untuk mencari penyelesaian dan mengenal pasti kesan atau bagaimana bencana banjir ini boleh merubah landskap kehidupan.

“Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesimpulan dan kaedah bagi melaksanakan penambahbaikkan, sekali gus mencegah banjir daripada melanda kawasan rendah,” kata Ketua Menteri yang ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, di Merlimau, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin serta Ahli Dewan Undangan (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Selain itu Ketua Menteri, mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini khususnya tragedi diebabkan bencana alam dalam suasana ketidaktentuan cuaca sekarang.

“Saya ingin menasihatkan rakyat Melaka khususnya ibu bapa kawal gerak-geri anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kejadian tidak diingini.

“Kepada semua terutamanya rakyat Melaka yang tinggal di kawasan ‘hot spot’ sentiasa berwaspada, kerana menurut ramalan ketidaktentuan cuaca ini akan berlarutan sehingga hujung tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

35
Kongsi :
Previous post BADEN-WÜRTTEMBERG PERKUKUH HUBUNGAN EKONOMI DENGAN MELAKA
Next post MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN KECEMASAN
Ubah saiz-+=