Kajian pemasangan panel solar terapung atas air di Melaka diteruskan – PM

Masa Membaca:54 Saat

JASIN 14 Oktober – Kerajaan Melaka melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) meluluskan kajian mengenai pemasangan panel solar terapung atas permukaan air (Floating Solar).

Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob berkata kajian projek Floating Solar dengan kapasiti 150 megawatt di Empangan Durian Tunggal itu akan melibatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).

Menurutnya, ia secara tidak langsung menjana bekalan elektrik kepada operasi SAMB.

“Kerajaan Pusat turut menyokong usaha SAMB untuk meneruskan pelaksanaan panel solar terapung di Loji Rawatan Air Jus Fasa 2 di Empangan Jus, Daerah Jasin jika usaha di Empangan Durian Tunggal tersebut berjaya dilaksanakan.

“Pelaksanaan projek penggunaan tenaga solar juga selari dengan hala tuju kerajaan ke arah mencapai Negara Sifar Karbon (Nett Zero Carbon) menjelang tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin Daerah Jasin di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2188
Kongsi :
Previous post Adaptasi teknologi IR 4.0 tingkat kualiti air bersih – KM
Next post DUN Pahang bubar hari ini – MB
Ubah saiz-+=